Friday 12 April 2013

KESAN KEPUPUSAN TERHADAP KEGITAN EKONOMI Kegiatan ekonomi berasaskan sumber semula jadi yang tidak dikawal boleh menyebabkan sumber itu mengalami kepupusan. Kegiatan pembalakan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan kepupusan hutan.Apabila hutan pupus,kegiatan pembalakan tidak dapat dilakunkan pada masa depan.Kesannya tiada lagi peluang pekerjaan dalam bidang pembalakan.Sumber kayu balak.Selain itu,kepupusan hutan menyebabkan kegiatan rekreasi dalam hutan tidak dapat dijalankan.Kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat tunda menyebabkan anak-anak ikan turut tertangkap.Oleh itu,sumber ikan akan berkurangan.Tumpahan minyak dari kapal tangki pula menyebabkan permukaan laut dilitupi dengan minyak.Oleh itu,hidupan laut akan mati kerana tidak memperoleh cahaya matahari dan oksigen yang mencukupi.Apabila sumber perikanan berkurangan,peluang pekerjaan seperti nelayan Dan peraih ikan akan terjejas.Sumber protein daripada hasil kegiatan perikanan menjadi kurang.Oleh itu,negara terpaksa mengimport sumber perikanan bagi keperluan penduduk. LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN Kesan alam sekitar akibat kegiatan ekonomi boleh diatasi melalui langkah pemeliharaan.Sebagai warga yang sayangkan negara,kita semua mestilah menyokong usaha ini. ~>PEMELIHARAAN Pemeliharaan merupakan langkah melindungi dan memelihara sesuatu sumber semula jadi daripada tercemar atau pupus.Usaha ini menjamin sumber semula jadi terus wujud dan dapat digunakan secara berterusan pada masa hadapan. ~>PEMULIHARAAN Pemuliharaan merupakan langkah memulihkan sumber semula jadi yang sedang terancam dan hampir pupus supaya boleh terus hidup dari membiak.Di pusat pemuliharaan,tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang terancam dipulihara dengan rapi.Tumbuh-tumbuhan dan haiwan dibiakkan.

Wednesday 10 April 2013

Kepupusan Flora Dan Fiona

Kegiatan ekonomi seperti penerokaan hutan dan prindustrian yang tidak dikawal boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan,haiwan liar dan hidupan dalam air pupus.

Kepupusan Flora

Kegiatan pembalakan dan pembukaan tanah pertanian boleh menyebabkan pokok dalam hutan berkurangan dan seterusnya pupus.Selain pokok balak,tumbuh-tumbuhan berharga lain seperti orkid hutan,pokok pakai pakis,periuk kera Dan bunga Rafflesia juga pupus.

Kepupusan Fauna

Penerokaan hutan menjejaskan habitat haiwan liar seperti gajah,tapir dan burung merak.Haiwan tersebut sukar memperoleh makanan dan membiak.Akhirnya,haiwan akan mati dan pupus.Pengusaha kilang,ladang ternakan dan lambong yang membuang bahan buangan ke sungai atau tasik boleh mencemarkan air.Bahan buangan menyebabkan kandungan oksigen dalam air sungai atau kolam berkurangan.Oleh itu,hidupan dalam air sukar bernafas dan akhirnya mati.


Pencemaran Air

~Sisa buangan kilang menyebabkan air sungai kotor.Terdapat pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap dan sisa KELADAK terus ke dalam sungai.Kesannya,hidupan dalam sungai akan musnah.
~Pencemaran air laut boleh disebabkan oleh pelanggaran kapal tangki yang mengangkut petroleum mentah atau kapal pecah akibat dilanda taufan.Pencemaran air laut oleh minyak boleh mengancam hidupan di dalamnya.Seperti:
>Tumpahan minyak boleh mengancam hidupan di dalam laut.
~Penggunaan racun rumpai,racun serangga dan baja kimia yang tidak terkawal boleh menyebabkan air sungai dan tasik tercemar.Kesannya,hidupan dalam sungai akan musnah.
>Penggunaan racun serangga boleh mencemari air sungai yang berhampiran.
~Kegiatan penternakan di kawasan berhampiran sungai boleh menyebabkan pencemaran air sungai.Pencemaran berlaku apabila air najis haiwan disalurkan terus ke dalam sungai.Air najis itu mengurangkan kandungan oksigen dalam air dan boleh mengancam hidupan di dalamnya.

Pencemaran Darat

~Sisa PEPEJAL industri yang dibuang di merata tempat pembiakan haiwan seperti lipas,allay Dan tikus.Haiwan ini boleh menyebarkan pen yakin kepada manusia.
~Kilang kimia banyak menghasilkan sisa TOKSIK.Pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik di merata tempat.Sisa toksik ini boleh meresap dalam tanah dan menyebabkan pencemaran air bawah tanah.Air yang tercemar jika digunakan akan menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan.sepeti:
>Tong sisa toksik yang terbiar sangat berbahaya kepada hidupan.

GLOSARI

Pepejal~>benda yang pejal dan keras sepeti kayu dan batu.
Toksik~>beracun
Keladak~>bahan berwarna dalam air.

Pencemaran Bunyi

Kegiatan perindustrian dan pembinaan boleh menyebabkan pencemaran bunyi.Punca pencemaran bunyi termasuklah jentera di tapak pembinaan,stesen Jana kuasa dan kenderaan berat.Mari kita teliti:

~>Penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran jalan raya terdedah kepada bunyi bising kenderaan berat.
~>Jentera  menanam cerucuk boleh mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman penduduk yang tinggal berhampiran.
~>Penduduk kawasan perumahan yang terletak berhampiran lapangan terbang terdedah kepada bunyi bising enjin kapal terbang.
~>Kilang yang mengeluarkan bunyi bising boleh mengganggu ketenteraman penduduk yang tinggal di sekitarnya.

Tuesday 9 April 2013

KEGIATAN EKONOMI DAN PENCEMARAN

Kegiatan ekonomi yang tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kesan terhadap alam sekitar.Kesan-kesan itu ialah perlu bahan LANDSKAP,pencemaran dan kepupusan.

PERINDUSTRIAN

Kawasan Bandar Baru Bangi merupakan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit.Namun,Pada hujung tahun 1970-an,kawasan ini dirancang untuk dijadikan kawasan prindustrian,perniagaan dan perumahan.Oleh itu,pokok-pokok kelapa sawit dan getah ditebang.Banyak kilang,bangunan perniagaan dan rumah dibina.Kegiatan perindustrian telah mengubah landskap kawasan Bandar Baru Bangi daripada kawasan pertanian menjadi kawasan perindustrian.

PERLOMBONGAN

Kegiatan melombong mineral seperti bijih timah meninggalkan kolam air yang besar,Tanah berpasir dan permukaan bumi tanpa tumbuh-tumbuhan.

PEMBELAKAN

Kegiatan membalak menyebabkan kawasan human menjadi kawasan BELUKAR.Setelah pokok bapak yang berharga ditebang,yang tinggal hanya lah pokok-pokok kecil,Lapland,Palma dan semak-samun serta jalan lori balak.

Glosari:
LANDSKAP:pandangan daratan
BELUKAR:hut an yang mengandungi pokok kecil dan semak

PEMBINAAN

Kegiatan pembinaan boleh mengubah kawasan hutan menjadi kawasan perumahan,kilang atau bangunan untuk pejabat dan perniagaan.Ada juga kawasan hutan yang dibina infrastruktur seperti lebuh raya,lapangan terbang,pelabuhan dan kabel elektrik.

PERTANIAN

Kegiatan pertanian telah menyebabkan kawasan hutan semula jadi menjadi kawasan penanaman seperti ladang kelapa sawit dan getah.

PENCEMARAN

Kegiatan ekonomi yang tidak dikawal boleh menyebabkan pencemaran,Pencemaran boleh menjejaskan kehidupan manusia dan hidupan lain sama ada di darat atau laut.

Pencemaran Udara

Kegiatan perindustrian boleh mencemar udara.Misalnya,kilang membuat simen yang melepaskan habuk ke udara tanpa kawalan.Habuk yang mengandungi debu halus menjejaskan pernafasan penduduk yang tinggal berhampiran kilang.Kilang memproses getah dan kilang kelapa sawit pula boleh mengeluarkan bau busuk.Bau busuk ini mengganggu keselesaan penduduk sekitar.Pembakaran
Hutan untuk pertanian,perindustrian dan kegiatan ekonomi lain boleh menghasilkan asap dan debu.Asap dan debu yang banyak boleh menyebabkan jerebu.Jerebu menjejaskan kesihatan mengurangkan kesihatan dan mengurangkan jarak penglihatan.