Friday 12 April 2013

KESAN KEPUPUSAN TERHADAP KEGITAN EKONOMI Kegiatan ekonomi berasaskan sumber semula jadi yang tidak dikawal boleh menyebabkan sumber itu mengalami kepupusan. Kegiatan pembalakan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan kepupusan hutan.Apabila hutan pupus,kegiatan pembalakan tidak dapat dilakunkan pada masa depan.Kesannya tiada lagi peluang pekerjaan dalam bidang pembalakan.Sumber kayu balak.Selain itu,kepupusan hutan menyebabkan kegiatan rekreasi dalam hutan tidak dapat dijalankan.Kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat tunda menyebabkan anak-anak ikan turut tertangkap.Oleh itu,sumber ikan akan berkurangan.Tumpahan minyak dari kapal tangki pula menyebabkan permukaan laut dilitupi dengan minyak.Oleh itu,hidupan laut akan mati kerana tidak memperoleh cahaya matahari dan oksigen yang mencukupi.Apabila sumber perikanan berkurangan,peluang pekerjaan seperti nelayan Dan peraih ikan akan terjejas.Sumber protein daripada hasil kegiatan perikanan menjadi kurang.Oleh itu,negara terpaksa mengimport sumber perikanan bagi keperluan penduduk. LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN Kesan alam sekitar akibat kegiatan ekonomi boleh diatasi melalui langkah pemeliharaan.Sebagai warga yang sayangkan negara,kita semua mestilah menyokong usaha ini. ~>PEMELIHARAAN Pemeliharaan merupakan langkah melindungi dan memelihara sesuatu sumber semula jadi daripada tercemar atau pupus.Usaha ini menjamin sumber semula jadi terus wujud dan dapat digunakan secara berterusan pada masa hadapan. ~>PEMULIHARAAN Pemuliharaan merupakan langkah memulihkan sumber semula jadi yang sedang terancam dan hampir pupus supaya boleh terus hidup dari membiak.Di pusat pemuliharaan,tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang terancam dipulihara dengan rapi.Tumbuh-tumbuhan dan haiwan dibiakkan.

1 comment: